Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 08, 2013

Baru Tiga Hari PRU13 Berlalu, 'Raja Auta' Dah Gagal Tunai Banyak Janji. Syukur BN Menang




Malam ini satu bakal berlangsungnya satu lagi perhimpunan anjuran pakatan pembangkang yang ternyata tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Ahad lalu.

Bakal berlangsung di Dewan MBPJ Kelana Jaya, himpunan bertemakan 'Himpunan Kemarahan Rakyat' itu kononnya bertujuan untuk 'Raja Auta', Anwar Ibrahim bersama barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lainnya disertai penyokong-penyokong yang sekadar menurut, untuk mengekspresikan rasa dukacita mereka terhadap sistem demokrasi di negara ini.

Ketam malas nak ulas tentang dakwaan mereka yang proses pilihanraya di negara ini tidak telus. Pasal Ketam rasa da ramai yang kemukakan pandangan yang sekaligus menafikan dakwaan tersebut. Posting Ketam kali ini sekadar untuk mengimbas kembali jaminan dan juga janji Anwar tentang keputusan pilihanraya yang diumumkan itu. Pandai-pandai korang yang membacalah menilainya nanti k..

Bersara Sekiranya Gagal Ke Putrajaya

Rasanya point yang ini adalah point yang paling hot sekali diperkatakan sejak daripada semalam di mana Anwar telah untuk kali yang ke berapa dalam hidupnya telah menukar pendirian beliau yang sebelum ini dengan megah berjanji untuk bersara sekiranya Pakatan gagal merampas pentadbiran kerajaan persekutuan selepas PRU13.

Menuturkan skrip 'mahu menjadi pensyarah' pada sidang medianya sebelum ini, namun semalam Ketua Pembangkang ini telah menangguhkan hasratnya itu atas alasan mahu terus berjuang. Apa punya alasan lah ni dey..Ini satu lagi pusing punya statement lah from this meroyan leader..Aiyoo!

Jamin Terima Apa Saja Keputusan PRU13

Kita juga pastinya ingat akan janji Anwar Ibrahim ini untuk menerima apa sahaja keputusan pilihanraya kali ini. Riak wajahnya yang tegas menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan partinya, PKR dengan perhimpunan menggulingkan ataupun menghuru-harakan keadaan masih terbayang di mata Ketam ketika ini.

Adapun beliau dengan tegas menyatakan sejak kewujudan serta penyertaannya di dalam pilihanraya di negara ini, PKR tidak pernah menimbulkan kekecohan sebaliknya menerima apa sahaja keputusan yang diterjemahkan.

Tapi kita sebagai rakyat di negara ini tidak bodoh. Dalam beliau mengeluarkan dakwaan tersebut, apa rasionalnya untuk diadakan perhimpunan malam ini? Kalau sebelum ini dengan gentleman beliau memberi jaminan untuk terima apa sahaja outcome PRU13, lantas apa perlunya untuk berhimpun menyatakan rasa dukacita?

Apakah sebenarnya PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatan kini sudah tidak dapat menahan rasa kecewa di atas kekalahan terbaru mereka ini? Tidakkah lagi mereka berpegang kepada pendirian untuk menerima apa sahaja keputusan pilihanraya seperti yang ditunjukkan di masa-masa lalu?

Melihatkan perkembangan semasa yang berlaku beberapa hari ini, mudah sebenarnya untuk disimpulkan keadaan yang menyelubungi Pakatan ini. Mereka sebenarnya tidak dapat menerima hakikat akan kekalahan mereka.
Justeru, apakah akibat didorong oleh sikap gila kuasa terutamanya Anwar yang merasakan beliau sudah benar-benar hampir untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri membuatkan beliau sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan aspirasi peribadinya itu?

Ini adalah satu perkara yang sewajarnya kita, rakyat untuk merasa khuatir. Dalam mereka menafikan dakwaan cubaan mewujudkan kekecohan, tapi perkembangan yang ditunjukkan menampakkan sebaliknya pula. Apakah malam ini bakal tercetusnya apa yang diwar-warkan sejak kebelakangan ini, iaitu KL Spring? Tergamakkah mereka menghasut penyokong-penyokong yang tidak bersalah untuk menggulingkan kerajaan yang telah sah diberikan mandat oleh rakyat? Apakah penyokong-penyokong mereka bakal termakan dengan hujah-hujah penuh fitnah mereka di dalam menuduh sistem pilihanraya di negara kita sebagai tidak adil dan telus?

Apapun, semua itu hanyalah teori Ketam yang mengikuti perkembangan politik semasa negara. Diharapkan agar ianya akan hanya kekal sebagai teori yang tidak menjadi realiti. Dan sekiranya terdapat unsur hasutan ke arah perkara tersebut, Ketam berharap agar para penyokong pembangkang yang menyertai himpunan malam ini agar dapat berfikiran waras dan rasional dengan tidak terpengaruh dengan unsur-unsure negatif itu.

Sekian..Adios!!!!








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...