Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, May 29, 2013

Edisi Pengenalan Siri - ‘Jangan Lupa’, Ayuh Singkap Kembali Sifat Pemimpin Pakatan (Berserta Video)




Sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu, saban hari rakyat di Malaysia ini dihidangkan dengan cerita-cerita yang tak terbukti kebenarannya tentang dakwaan-dakwaan kononnya pilihanraya di negara ini diselubungi dengan skandal penyelewengan yang teramat dahsyat sekali.

Walaupun tak dinafikan dakwaan-dakwaan penyelewengan yang dikemukakan puak-puak yang kalah pada PRU13 iaitu Pakatan Rakyat itu disertakan sekali dengan hujah-hujah dan bukti-bukti bagi membuktikan ianya benar-benar berlaku, tapi jangan pula dinafikan bahawa SETIAP, sekali lagi..SETIAP tuduhan-tuduhan tersebut telah diberikan penjelasan sebenar oleh pihak yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naik berbuih mulut Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad menjawab segala tohmahan-tohmahan dan tuduhan-tuduhan liar puak haram jadah ini. Tapi depa ni macam pekak badak, buta tuli, buta hati, buat-buat bodoh ke apa, Ketam tak tahu. Walau apa juga jawapan dan respon yang diberikan, siap disertakan dengan alasan yang kukuh sekalipun, puak Pakatan ni buat bodoh je dok jaja lagi benda yang sama..

Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik situasi ini? Apa yang menjadi agenda mereka sebenarnya? Ataupun mungkin mereka ini sebenarnya memang pekak badak? Ketam secara peribadi berpandangan tindakan puak-puak ini sebenarnya adalah untuk menyelamatkan diri. Isu-isu ini sengaja dibangkitkan selepas pilihanraya sebenarnya bagi membiarkan imej mereka kekal dilihat komited di dalam membela hak rakyat.

Kesannya, hampir seluruh rakyat Malaysia ketika ini memfokuskan kepada isu penyelewengan pilihanraya ini. Pimpinan Pakatan pula dilihat begitu efisien sekali..terus buat kerja bersungguh-sungguh selepas dipilih jadi wakil rakyat pada pilihanraya.

Sedangkan realitinya yang tidak kita sedar, yang kita lupa, yang kita terlepas pandang, yang sememangnya ingin disorok daripada kita, yang sememangnya diharap dilupakan, yang sememangnya beban kepada mereka, yang cuba ditutup dibiar bagai angin lalu oleh puak-puak Pakatan, amboi banyaknya..

Ok serius..Jangan kita lupa yang sebelum berlangsungnya PRU13 itu, puak-puak Pakatan ini diselubungi pelbagai isu-isu, gejala-gejala negatif, skandal-skandal, penyelewengan dan krisis yang begitu meruncing sekali. Lantas, berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka berhadapan Barisan Nasional selama ini, di mana serangan bertubi-tubi hanya dilancarkan waktu hangat pilihanraya dan jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ selepas berakhirnya pilihanraya, PRU13 merupakan medan terbaik untuk membawa kita, rakyat Malaysia ini, lupa akan gejala yang melanda mereka.

Kebolehan memanipulasi keadaan diadaptasi puak ini begitu baik sekali sehingga kebanyakan rakyat seolah-olah terpukau dengan ‘daya kepimpinan’ dan komitmen mereka memperjuangkan hak rakyat. Walhal tidak kita sedari yang mereka sebenarnya sedang begitu komited memperjuangkan diri mereka sendiri sahaja. 

Ditambah pula seperti yang dikatakan tadi, ‘hangat-hangat tahi ayam’, yang sememangnya sudah mereka jangka iaitu ‘jabatan-jabatan’, ‘unit-unit’, ‘organ-organ’, ‘penganalisis-penganalisis’, ‘pakar-pakar’, ‘general-general’, ‘askar-askar’ dan mak nenek apa lagi di sebelah perang saraf BN, yang Ketam anggap ‘lingkungan perkhidmatan’ mereka cuma sekitar tempoh berkempen (waktu peruntukan melimpah-ruah), akan hanyut sekali ‘terlayan’ agenda puak-puak Pakatan meroyan ini.

Untuk itu, berpandangan isu-isu yang dipalitkan dengan mereka ini tidak boleh diambil ringan, posting kali ini akan menyenaraikan beberapa insiden/kejadian/peristiwa/keadaan yang jangan sekali-kali kita lupa.

Posting kali ini adalah pengenalan/part/episod/siri pertama edisi ‘Jangan Lupa’, iaitu himpunan isu-isu, kontroversi-kontroversi, penyelewengan-penyelewengan, krisis-krisis yang melanda Pakatan sebelum PRU13 sebagai inisiatif Ketam untuk kita sama-sama memastikan puak-puak ini tidak bebas buat apa mereka suka dengan menganggap diri mereka maksum, terlepas daripada kesilapan.

Edisi pengenalan ini menampilkan dua Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh bersama-sama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli. Layan….

1.    Fuziah - Kalimah Allah bukan Ekslusif Untuk Umat Islam

19 Februari, 2013 bertempat di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah diminta menyatakan pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang ketika itu sedang hangat diperdebatkan khalayak politik. Respon yang diberikan beliau ialah:

“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang.”

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?”

“Jadi ianya bukan hak muslim. Jadi sebab itu perkataan Allah itu memang sudah digunakan sebelum..so?”

2.    Tian Chua Pertikai Insiden Ceroboh Di Lahad Datu, Sabah

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, sememangnya tidak pernah surut dari kontroversi. Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau turut pernah menggemparkan negara dengan tindakannya menggigit anggota polis.

Pada 19 Februari, 2013, juga di Ibu Pejabat PKR, beliau dalam sidang medianya telah mempertikaikan kesahihan berita pencerobohan lebih 100 warga Filipina yang bersenjata di perairan Lahad Datu, di bahagian pantai timur Sabah. Beliau antara lainnya menyebut:

“Pihak kerajaan perlu menjawab serta meyakinkan kita yang berlakunya satu pencerobohan yang asli ataupun krisis di Sabah.

“Semua perkara ini kelihatan seperti sangat dramatik dan ia tidak dapat meyakinkan akhbar Filipina bahawa ia adalah satu kes yang sahih dan ia juga menjadikan keseluruhan rakyat Malaysia hairan.

“Kerajaan tidak boleh terus berdiam diri kerana kumpulan ini telah melanggar prosedur imigresen serta kedaulatan negara kita,”

3.    Pengorbanan Wira Lahad Datu Jadi Modal Jenaka Dr Hatta

Kenyataan Tian Chua telah membangkitkan kemarahan pelbagai pihak yang menganggap ianya tidak berperikemanusiaan. Media-media arus perdana turut menyerang ahli Parlimen Batu itu kerana menganggap peristiwa Lahad Datu sebagai sandiwara.

Dan di dalam memberi sokongan kepada Tian Chua, ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika berceramah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 22 Mac 2013, telah mengemukakan pandangannya berhubung insiden tersebut yang memperlekehkan anggota polis.

Antara lainnya, beliau mengatakan:

"Yang saya tengok polis kita ini hebat tuan-tuan..saya tahu. Berapa kali saya kena tangkap, masuk lokap memanjang"

"Bila berhadapan dengan kita tuan-tuan, tembakan gas pemedih mata memang efisien. Mat Sabu tak pernah lepas tuan-tuan, kena sahaja. Bukan Mat Sabu tak terer, (tapi) polis lagi terer"

"Tiba-tiba dengan 180 orang tua dan wanita, kurang zat makanan, berkain pelikat dan bersenjata buruk, tumpas polis kita"

4.    Mustafa Ali Nafi Terlibat Video Seks, Tegaskan Tidak Perlu Bersumpah
Marang, 3 Mei 2013, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tampil di dalam satu ceramah menerangkan tentang skandal video seks yang dikaitkan dengan dirinya yang telah tersebar secara meluas di saat PRU13 sudah semakin hampir. Dalam caramahnya itu, Mustafa menegaskan beliau tidak akan bersumpah bagi membuktikan individu di dalam video tersebut bukan dirinya.

Keputusan tersebut katanya dibuat setelah mendapatkan ‘pengampunan’ daripada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat melalui setiausaha politik masing-masing yang mana ‘dosa’ beliau itu terpaksa ditanggung oleh Umno. Petikan ucapan beliau:

"Seseorang manusia selain daripada Allah, dia sendirilah yang mengetahui tentang dirinya. Kalau saya, sudah tentu saya yang tahu tentang diri saya sendiri lebih daripada orang lain.

"Saya nak sebut bahawa, saya tidak ada kena-mengena dengan video yang tersebar luas hari ini..Yang buat kerja ini adalah Umno,"



Semua kenyataan yang dipetik di dalam posting ini boleh disaksikan di dalam video di bawah. Selamat menonton!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...