Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, February 24, 2013

BR1M: Rakyat bukan binatang, bukan bodoh




[ULASAN] Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan.

Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.
Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.

Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam".

Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan.

Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai.

Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang.

Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik.

Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'.


Baca selebihnya di sini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...