Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menerangkan fungsi sebenar dakwat kekal untuk memperbetulkan tanggapan salah kebanyakan rakyat selama ini.
Calitan dakwat di jari katanya cumalah sekadar elemen tambahan sahaja di dalam usaha SPR untuk mengelakkan berlakunya proses undi dua kali. Yang menjadi syarat utama yang menahan orang hendak mengundi dua kali katanya adalah daftar pemilih.
"Apabila seseorang itu datang mengundi, namanya telah dipotong di daftar pemilih yang digunakan oleh SPR di tempat mengundi itu.
"Dan namanya diteriak, nombor kad pengenalannya pun diteriak oleh kerani..agen parti pun terus potong juga (namanya).
"Itulah dia asas utama kita menyekat orang mengundi dua kali. Dakwat ini adalah tambahan sahaja," ujar beliau.
Dengan penjelasan ini, Ketam harap sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada terus berlakunya salah tanggapan berhubung dakwat kekal ini..
Adios!!
No comments:
Post a Comment