Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, April 17, 2013

PRU13 - Zul Noordin 101% Yakin Tewaskan Khalid Samad..Amacam?




Tu dia!! 101% kata calon sahabat Barisan Nasional (BN), Datuk Zulkifli Noordin tahap keyakin beliau untuk menang kerusi parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Bukan setakat kerusi Parlimen, bekas 'komando perang' Anwar Ibrahim ni turut yakin dua buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Shah Alam akan dapat dikuasai BN semula.

Dua DUN tersebut ialah Kota Anggerik dan Batu Tiga.
"Saya cukup yakin 101 peratus, bukan sahaja dapat balik parlimen Shah Alam tetapi kita dapat balik kedua-dua DUN dan kita dapat balik negeri Selangor," katanya seperti yang dilaporkan media.

Keyakinan beliau ini mungkin berasas. Ini kerana Ketam perhatikan Zul Noordin ni dalam beberapa bulan kebelakangan ni dah merata-rata Shah Alam dia pergi ceramah. Boleh kata tiap-tiap malam ada je ceramah dia kat Shah Alam. Dan boleh dikatakan yang dalam tempoh itu sebenarnya beliau cuba memahami sentimen masyarakat di Shah Alam. Jadi, keyakinannya ini tak salah jika Ketam katakan dibuat beliau bersandarkan kepada pemerhatiannya sendiri. Bukan sekadar dengar-dengar cerita atau laporan dari pihak tertentu semata.

Dan walaupun dikatakan terdapat segelintir pihak di dalam BN Selangor yang tidak bersetuju dengan pencalonan beliau di Shah Alam seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi Ketam percaya ia tidak sedikit pun menggugat peluang beliau. Ketam yang memerhatikan perkembangan beliau di Shah Alam sejak beberapa bulan yang lalu akui, memang dia ni bekerja keras di Shah Alam. Bukan atas tiket parti pun usahanya itu, sebaliknya melalui NGO seperti PERKASA, Jati, TIBAI dan Sekretariat Jom Tolak Pakatan. Sedangkan di peringkat BN Shah Alam itu sendiri, usahanya Ketam katakan setakat 'ala kadar' je..

Sementara lawannya pula adalah dijangka Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, merangkap penyandang kerusi Parlimen tersebut, Khalid Samad. Ini sememangnya apa yang dihajati oleh Zul sendiri. Pertembungan 'epik' dengan musuh ketatnya itu. Khalid dijangka akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam untuk Pakatan Rakyat.

So, awal-awal lagi da ada bau-bau 'kenakalan' di situ..Tak sabar lak rasanya nak tengok peperangan diorang ni..hehehe




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...