Susulan pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menarik balik pencalonan tiga calonnya di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan PAS pula yang mengumumkan menarik balik calonnya di Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh dan DUN Panti di johor untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, Pakatan Rakyat (Pakatan) dilihat cuba berlagak seolah-olah benda ‘dah setel’, macam tidak ada lagi masalah pertindihan kerusi di antara dua parti itu melainkan di kerusi DUN Kota Damansara.
Walhal seperti yang kita dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka tidak akan melayan penarikan diri mana-mana calon yang telahpun disahkan bertanding sewaktu hari penamaan calon Sabtu lalu.

Kalau ikut apa yang Ketam faham, walaupun salah satu alasan mereka membuat penarikan tersebut adalah untuk mengelakkan dari berlakunya ‘pecah undi’, tapi melihatkan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu Ketam rasa tindakan kedua-dua parti ini sia-sia kot.
Kenapa Ketam kata sia-sia? Ini kerana tindakan tersebut sebenarnya tidak akan memberi kesan langsung kepada proses pengundian nanti di mana nama-nama calon yang ‘ditarik’ ini berserta dengan lambang parti masing-masing sekali akan tetap terpampang pada kertas pengundian. Maknanya, pengundi masih tetap boleh mengundi calon-calon tersebut walaupun dia ‘jual parti, komunis atau pengedar pil kuda’.
Lantas tidak keterlaluan sebenarnya jika kita simpulkan yang pengumuman Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini sebenarnya wayang semata-mata. Nak mengaburi mata penyokong mereka yang sudah mula berkecamuk ketika ini kononnya segala-galanya berjalan lancar di dalam menuju PRU13. Walhal Ketam percaya yang mereka sendiri sedar akan situasi ini.

Apapun, mungkin ini adalah balasan kepada PKR yang telah memandang rendah parti-parti ‘nyamuk’ terutamanya Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mereka game over kan sebelum ini. Belum pun rakyat Malaysia hukum, rakan-rakannya dalam Pakatan iaitu DAP dan PAS sudah ‘advance’ kan hukuman kepadanya.
Maka untuk itu, pada hari pilihanraya nanti kiranya layaklah ketiga-tiga parti ini, termasuk PSM yang kena game pakai lambang PKR, dihukum oleh rakyat Malaysia kerana buat kesekian kalinya kita telah ditampilkan dengan bukti betapa bercelarunya kerjasama di kalangan parti-parti ini. Ketua gagasan ini, Anwar Ibrahim, nyata telah beratus-ratus kali gagal untuk mengawal ‘gelagat’ rakan-rakan pimpinannya.
Ketam sangat-sangat berharap agar kebanyakan dari kita rakyat Malaysia yang bakal mengundi pada 5 Mei ini agar tidak tersilap dalam menentukan hala tuju corak masa depan negara kita dengan memilih insan-insan yang telah ditunjukkan banyak kali oleh tuhan, betapa mereka diselubungi oleh elemen-elemen negatif yang sudah tentu mendatangkan keburukan lebih banyak daripada kebaikan.
Adios!
No comments:
Post a Comment