Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, March 15, 2013

Skandal Skandal Skandal!!!Hot Hot Hot!!Seks Seks Seks!!!






Aku Melayu..Kau Melayu..Bunga layu..Kau layu..Aku segar!! Segar-bugar..Dalam segar-bugar, aku sedar ada ular melingkar..Ular melingkar? Atas pagar? Ok cukup Ketam..Tak payah nak bermadah berhelah lagi..Direct to the point please..

Gini ceritanya..Saat aku siap menggodeh artikel untuk ‘fitnah’ Anwar Ibrahim kat KFC Teluk Chempedak ni, nak ambik mood gerak KL lah kiranya, aku ambik sikit kesempatan untuk usha apa ‘fitnah-fitnah’ yang hot yang aku maybe miss lately ni..Yelah sibuk dok buat fitnah, hasil fitnah orang lain kita kena update jugak..kehkehkeh..
Usha punya usha, gua terjumpa satu artikel yang gua rasa ‘hot’ tahap ‘hot’ak dia lah! Artikel ‘hotak dia’ tu berkisarkan tentang cerita hot kononnya berlaku insiden “sexual harassment” (gangguan seksual) melibatkan seorang pegawai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPAD)!!

Diceriterakan di dalam artikel tersebut tentang Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang didakwa melindungi seseorang yang dituduh telah melakukan gangguan seksual terhadap staff wanita di organisasi tersebut.

Nak disedapkan lagi cerita agaknya maka penulis artikel tersebut turut mendedahkan bahawa orang yang dituduh itu hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi ‘kabel’ dengan Syed Hamid Albar dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD.

“Orang ini tidak layak untuk menduduki kerusi terse but kerana hanya memiliki kelulusan SPM sahaja" nyata penulis artikel tersebut sedikit takbur..

Makanya saat mood nak balik KL itu jugaklah Ketam telah mendapat satu ilham, (mungkin digerakkan hati oleh ‘Dia’) bahawasanya terawangnya artikel tersebut di ruang maya berkemungkinan besar mempunyai agenda tersembunyi bermotifkan ‘Melayu’ (hasad, dengki, tikam belakang, menjatuhkan). Ketam terfikir apakah motif mengaitkan/menuduh Tan Sri Syed Hamid, seorang otai politik negara, kononnya ahli Parlimen Kota Tinggi itu ‘melindungi’ pihak tertuduh..Setiap orang yang waras mesti boleh fikir betapa ada tersiratnya unsur-unsur politik di sebalik ‘pendedahan’/’fitnah’ itu.

Kredibiliti penulisan tersebut juga boleh dipertikaikan dan tidak keterlaluan berniat menjatuhkan/menghukum si tertuduh apabila soal latar belakang pendidikan beliau turut dikaitkan. Mungkin ada usaha dari penulis itu untuk ‘bid’ jawatan Pengerusi SPAD apabila beliau dengan slumber menunjukkan ‘daya kepimpinan’ beliau me’reject’ insan tersebut yang diura-urakan akan dilantik sebagai ketua jabatan..wallahualam..

Saat Ketam mengetuk artikel ni, Ketam sedar yang tiada siapa suka dirinya dituduh memfitnah..Sebagaimana Ketam tak suka dituduh memfitnah, Ketam percaya penulis tersebut juga merasa demikian. Dan sebagaimana kita tidak suka dituduh memfitnah, kita juga harus fikirkan apa perasaan sekiranya kita berada pada kedudukan difitnah..’Pemfitnah difitnah’..amboi buruk bunyinya..

Tapi bunyi ayat seterusnya ini mungkin berbaur fitnah, tapi lantak pi lah..Secara peribadi Ketam berpendapat penulisan sedemikian adalah sesuatu yang tidak wajar dan bermotifkan fitnah..(cuba teka berapa banyak perkataan fitnah Ketam da pakai setakat ni? :p)..’Instinct’ Ketam kuat mengatakan mungkin ada pihak yang berkepentingan yang menjadi dalang ‘menghasut’/’menampar’ (dengan duit mungkin :p) penulis untuk bertindak menggoreng kenyataan tersebut..Wallahualam..Dari sudut yang lebih besar, Ketam terfikir tentang ‘natural justice’ kepada si tertuduh yang kononnya boleh dianggap gila seks ini..Dan dengan mengaitkan Syed Hamid dalam isu ini, memang besar gamaknya cita-cita/agenda/gerakan di sebalik ‘pendedahan’ ini..

Aisehman!!Balik KL lah Ketam!!!Aiyoo!!Kekeke..Insyaallah ‘further comment’ akan dikemuka kalau Ketam larat sat gi..Kekeke..Salam Sayang ye semua..Eh! Ikhlas ni..bukan sexual harassment! :p





1 comment:

  1. agaknya macam mana kalau saya yang kerkelulusan spm je ni nak masuk kerja gomen jadi ketua jabatan? isi borang kat website spa banyak kali tak pernahnya diorang panggil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...