Ini cerita orang meroyan..lupa diri, tak senang duduk dan ketakutan..Akibat keceluparan mulut sendiri yang tak sensitif terhadap pengorbanan, perasaan, kesusahan dan keperitan orang lain sehingga tergamak melabelkan peristiwa hitam yang melanda negara di Lahad Datu, Sabah, maka beliau telah dikecam dengan hebat sekali dari setiap penjuru.
Logiknya Ketam kata, sememangnya Tian Chua, Naib Presiden PKR ini, layak untuk dikecam. Masakan tidak, insiden tersebut bukan setakat melibatkan kerugian dari segi harta benda, tetapi juga berpuluh nyawa telah terkorban termasuk dari kalangan anggota keselamatan kita!
Sesiapa juga yang mempunyai perasaan, pastinya akan merasa marah dengan kenyataan daripada seorang yang selama ini mewar-warkan bahawasanya perjuangan beliau adalah berasaskan kepada membela rakyat!
Ibarat satu petunjuk, kenyataannya itu seharusnya membuka mata kita semua betapa pemimpin sanjungan mereka itu, yang merupakan orang kuat seorang lagi ‘makhluk pujaan ramai’, Anwar Ibrahim, nyata sekali berkongsi matlamat sama yang berteraskan peribadi! Ya..tak dapat disangkal lagi. Apa lagi yang boleh kita simpulkan daripada seseorang yang setiap kali bertutur, tuturnya itu berbaur populis? Bukankah agenda populis itu bermatlamat peribadi?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSEDELE_fnP-xxVtH_dJHPsxBNaD9Ggb0cdbK5RDSwvUnS6IwaVcDa6K2n88lFDTIjSQ9km2ln1pA9H7S_A3GN9y4rBA-tjV_p-CXAG46r650fg9IGrWkTRfR7KQXh0N7ioFggvcE4BQg/s1600/anwar.jpg)
Seingat Ketam, tidak ada melainkan pengumuman kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar Khalid Ibrahim yang mengumumkan penubuhan tabung berdana RM10 juta untuk ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Itu pun sekadar pengumuman sahaja..Sejauh mana pelaksanaannya tidak pula Ketam tahu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMFGWKbZjVk3ZQhUd00j3wH5Zuhf-vxDpdqMXaz2vWbLG7t0O_HM2Z2UwcVW8aH8E_abijtaDqPZb5zXWUcnCsMBf7Gkh98bdOLT2xatdrc5mvLyIyuFNLLfq-23JfjGthrBeiTprIUek/s1600/sulusoldiers.jpg)
Mempolitikkan Isu
Pemimpin-pemimpin pembangkang ini berdasarkan pemerhatian Ketam, dalam pada mereka bising sana-sini mendakwa isu di Sabah itu ‘permainan Umno’ dan kononnya menyeru agar jangan dipolitikkan perkara itu, Ketam dapati puak-puak inilah sebenarnya yang begitu aktif sekali mempolitikkannya. Apa sahaja yang tidak dikaitkan mereka dengan isu tersebut? ‘Projek IC’, rancangan untuk melengah-lengahkan pilihan raya, hatta dikatakan juga Kiram itu sekongkolan Umno kerana kononnya beliau pernah menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Ini semua semata-mata mahu menonjolkan imej mereka di mata rakyat selain ‘melepaskan tengkuk’ mereka yang mana media-media antarabangsa sebelum ini pernah menyebut tentang penglibatan mereka dengan pengganas-pengganas itu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD1NBE1-TrY2ziLw7eYsoom6Q5dqm6zGye5LcuXh3rAUHA2izctvFSBPDZ_qSPl60cYRD8wKzywuDHcOrwg2ddYmlXjBe8EVFjQkEQodYm5GUSGiQiqu8qb4R5QbJCXamICBBOU-8xHh0/s1600/khalid+funny+face.png)
Samada berkesan atau tidak taktik beliau itu Ketam tak berani nak cakap apa. Tapi kalau kehadiran pada malam tersebut cuma 1000, kalian nilailah sendiri. Ini ceramah di kawasan Tian Chua sendiri tau..Naib Presiden PKR! Penceramah pula bukan calang-calang..ada Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Tian Chua sendiri!
Ucapan Bela Diri
Di dalam ucapan membela dirinya, Tian Chua yang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belit, sebaliknya telah menggunakan taktik memutar-belit mengaitkan Umno sebagai dalang yang menganiaya dirinya.
Kenapa Ketam kata putar-belit? Ok..cuba teliti ucapan beliau..
Serangan Peribadi:
“Saya telah diisytiharkan sebagai pengkhianat nombor 1 negara..tapi saya isytiharkan saya tidak takut,”
“Media arus perdana tak beri peluang saya jelaskan..saya khuatir pengundi di Batu akan salah faham,”
“Saya sudah keluarkan penafian, dan harap kita yang peka dengan internet baca,”
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1HQPYYk5vDwRWOaYWbkycZEMENFOliu4XfYuWg0TRuVcUmwWo8Wan3RbF_b3QmyufCVRKXIgoZmunzUp9Q6eJyakCctNE3RFASgbkUaVpwEz8lyaoQTSyUOHESEbHnMJI-c1cxE8e8qE/s1600/kereta+polis+terbalik+bersih.jpg)
“Rakan-rakan saya boleh jadi saksi, selama 15 tahun ini, kita pernah dibelasah, ditendang, dipukul, diheret, dimasukkan dalam lokap, beberapa kali kita berdepan dengan polis, kawan-kawan kita boleh jadi saksi, pernahkah saya angkat tangan semula kepada polis?”
“Ini adalah kerana saya menghormati peranan pasukan keselamatan. Saya tidak akan membenarkan reformis lempar batu atau lakukan kekerasan kepada anggota keselamatan,”
“Kita sedar polis hanya melakukan arahan..mereka terpaksa melakukannya kerana mengikut arahan,”
“Ini rekod kita selama 15 tahun..Kuala Lumpur aman bila kita adakan perhimpunan,”
(Petikan-petikan ucapan Tian Chua pada ceramah di Bandar Baru Sentul, Jumaat, 29 Mac 2013)
Putar-belit Dalam Membela Diri
Kalian teliti petikan-petikan tersebut. Antaranya beliau mendakwa tidak diberikan peluang untuk membela diri oleh media-media arus perdana. Benarkah begitu? Tapi pernahkah beliau terlintas di fikiran bahawasanya pihak manakah yang kononnya mahu memperjuangkan kebebasan media, tetapi menghalang pihak media dari melaksanakan tugas mereka? Setiap kali sidang media, hanya soalan yang lunak-lunak bunyinya kepada mereka sahaja yang dilayan. Yang menghentam kerajaan disambut..Mana-mana wartawan yang menanyakan soalan pedih, akan dimalukan..Pernahkah beliau terfikir?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmUhyG-rzQOzk9si5suMhC_rW1PTOA9K9jerPZ9lKT7oQXtEhBkwjRdsztbtKujw-jrxzMJYEJVHWtNVvfg0DgV7eA2cDceI4DCoguxUF2ze7slRrjV6neE-ZHhdWaxea_agh4K78Bs8c/s1600/utusan+tv3+no+entry.png)
Katanya, beliau sudah keluarkan penafian. Tapi tidak pula beliau nyatakan kenyataan penafian beliau itu. Sebaliknya beliau suruh pula kita cari di internet. Aik..kome da ada ateh pentas tu, kome sebut aje le penafian kamu! Da diberi 10 minit, kamu tak nak..da ada atas pentas pon kamu tak sebut lagi? Apa masalahnya ni?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKNYfnwX6XJn4YtX3Z26ITyFVVqf7swbESEzFlnYtZtcqNGDj5bNHMOAsbj20vQqxDw_qIcSuD6hWbSrDl78VltDhDgmT48nzqN0ywrPbYzSC6U6iq_EGL4H-yMT5qXxYeonJhkPIawPk/s1600/motor+polis+bersih.jpg)
Dikatanya juga rekod pembangkang selama 15 tahun ini, Kuala Lumpur aman setiap kali mereka mengadakan perhimpunan. Aiik..lupakah beliau siapa punya perhimpunan yang ada insiden anggota polis dibelasah? Wartawan yang nak tolong polis tersebut turut menjadi mangsa. Beliau ini hilang ingatankah? Apa lupakah juga beliau ini di mana kereta-kereta peronda polis turut diterbalikkan, dirosakkan dan dipecahkan oleh penyokong-penyokong yang tak tahu apa-apa (bodoh). Dan bukankah anggota keselamatan itu, terutamanya polis, bagi pemimpin pembangkang, sinonimnya adalah ‘anjing’?
Siapa Berat Sebelah?
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6sg89NO2NXPayqOUHxHUzsQB8FtKbIrppYl8mY2T4P5ija3iOjhMpYJ2gYBCetoj2BZW0PA0iJn3izqZaihlQcicwErp8bBDrM5zZdJhpenUHWn2VqrDB0RXg0JwRy2spBqvaIIzDKU0/s1600/PAS-Scenario1.jpg)
Yang marah dengan kenyataan beliau, Ketam percaya bukan Umno sahaja..siapa sahaja yang mempunyai semangat patriotik dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan ini pastinya akan terkesan dengan kenyataan itu. Apatah lagi ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban! Hatta pembikin filem, Shuhaimi Baba juga mempertikaikan beliau!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4ac5LpyTOPfZ1hMPXPmlmmcrHI7W0g8dlzSFZan3V8SrdJrosM6xpG_jx_OY9LHkF5idCyEc639smxzm5FK0vA0galyPTzy-srpJDz3ahNf9oW-QIwld_qm45437P6r008w6eKY8aZ7E/s1600/wacana+shumi.jpg)
Tapi Ketam percaya kita yang memantau ini bijak untuk menilai mana yang baik mana yang buruk..Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia, sebuah negara Islam yang ‘rare’, kerana tak banyak negara Islam di dunia ini yang makmur, kekal dianugerahkan kemakmuran yang ada hendaknya..Wassalam..
No comments:
Post a Comment