Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Sunday, March 17, 2013

"Manifesto PR tak nyata punca pendapatan"




Manifesto Pakatan Rakyat (Pakatan) yang dibentangkan baru-baru ini dilihat agak lemah kerana gagal menyatakan sumber bagaimana pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai melalui pelaksanaannya.

Menurut Pengarah Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL), Profesor Datuk Mohd Yusof Kassim, menyatakan sumber pertumbuhan ekonomi dalam manifesto yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ itu adalah salah satu aspek penting dalam merencana pembangunan negara.

Katanya, memandangkan pelbagai janji yang diutarakan Pakatan melalui manifestonya itu seperti pendidikan percuma dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam, maka adalah penting bagi pimpinan pembangkang untuk menjelaskan kepada rakyat mengenainya.

“Aspek kelemahan manifesto ini (pula) ialah aspek tidak menyatakan pertumbuhan itu datang dari mana. Sebab dalam mana-mana rencana ekonomi atau perancangan pembangunan negara, ada dua aspek. Satu aspek pertumbuhan atau penjanaan pendapatan itu dan satu lagi aspek agihannya.. di mana pendapatan itu hendak diagihkan.

“Jadi aspek ini yang kurang. Macam mana kita nak katakan kita nak menjana pendapatan yang tinggi kerana kita nak mengagihkan katakan pendidikan percuma, pengangkutan awam dan sebagainyalah..yang itu tidak dinyatakan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program ‘Meja Bulat’ terbitan Antarapos yang membincangkan topik ‘Manifesto Pakatan Rakyat, Realiti atau Mitos?’ baru-baru ini.

Namun begitu, beliau berpendapat adalah tidak adil untuk menyimpulkan pelaksanaan manifesto tersebut akan mengakibatkan negara ini muflis.


Baca selebihnya di sini





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...