Dikala kita semua bimbang akan keselamatan penduduk-penduduk di Lahad Datu, Sabah, ekoran pencerobohan oleh pengganas-pengganas Sulu, lain pula halnya yang terjadi di ibu Kota Kuala Lumpur.
Semalam, ibu mertua kepada pelakon Zed Zaidi, telah menerima ugutan daripada pembantunya sebelum bertindak melarikan diri. Pembantu itu dipercayai adalah orang Sulu.
"Saya orang Sulu, suami saya orang Sulu, keluarga saya orang Sulu. Adakah puan tidak takut kepada saya?" itu kata-kata ugutan yang diterima oleh ibu mertua Zed.
Apatahlagi dia sudah menghabiskan berbelas ribu ringgit untuk memenuhi kesemua prosedur sebelum menerima pembantu rumah berusia 26 tahun itu bekerja.
Tambahnya, walaupun diugut, ibu mertuanya tidak berasa takut kepada pembantu tersebut apatah lagi kini berada di negara sendiri.
"Ketika mula-mula diperkenalkan, dia beritahu namanya Fatimah dan dia boleh membaca Al-Fatihah. Tapi apabila dia mula bekerja, dia beritahu namanya lain dan jika sesuatu berlaku, dia lebih suka menyebut Jesus dan sering meminta cuti pada hari Ahad atas alasan mahu bersembahyang.
"Namun saya tidak pasti adakah dia benar orang Sulu atau sengaja mengambil kesempatan di atas konflik di Lahad Datu yang berlaku sekarang, ujarnya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.
Dalam masa sama, Zed berkata dia berasa kesal kerana sudah menghabiskan banyak wang semata-mata mahu memenuhi prosedur untuk mengambil pembantu rumah bekerja, namun wanita itu tidak melakukan kerja dengan baik. Sudah serik kerana sering ditipu, Zed membuat keputusan untuk mengambil pembantu rumah warga negara Malaysia selepas ini.
Sumber
No comments:
Post a Comment