Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Saturday, March 09, 2013

Asri - Hayat PR belum tentu lama jika menang PRU13



Pakatan Rakyat berkemungkinan tidak mempunyai ketahanan untuk memenuhi segala perubahan yang dituntut oleh rakyat sekiranya diberikan mandat pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Dalam temubual eksklusif bersama Antarapos, beliau berkata realiti politik adalah mana-mana kuasa dalam proses transisi tidak berupaya memenuhi perubahan yang diinginkan oleh rakyat pada kadar yang cepat.

Merujuk kepada perubahan kuasa di Mesir, Asri berkata presidennya Mohammed Morsi dari parti Ikhwanul Muslimin terus ditekan untuk memenuhi tuntutan perubahan oleh rakyat.
Pemerintah baru di negara itu juga didakwa gagal memenuhi semua janji yang ditaburkan serta tidak mencapai kemajuan sejak memegang jawatan itu.

"Saya sebenarnya tak mengharapkan sangat kalau diandaikan berlaku perubahan politik betul-betul di negara ini... diandaikan bertukar kuasa politik, saya percaya kuasa politik yang bertukar itu pun tidak lama hayatnya.

"(Ini) kerana rakyat apabila sudah bermula mengubah kerajaan kerana hendak kepada sesuatu perubahan ia akan menuntut perubahan itu supaya terus dilihat.

"Saya tidak percaya ada kuasa politik dalam proses transisi ini ... akan dapat berbuat sesuatu. Kita dapat lihat di Mesir, Morsi walaupun pada hari dia naik begitu gilang-gemilang tapi akhirnya tuntutan demi tuntutan yang dibuat kepada pihak Morsi akhirnya rakyat mahu melihat 'reform' yang lebih besar," kata Asri.


Tiada parti menang terlalu besar

Mengenai harapannya dalam PRU13, Asri berharap agar tidak ada parti akan menang terlalu besar bagi memastikan kepimpinan tidak sombong. 

Perebutan kuasa tanah air tertumpu kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan yang menyaksikan perubahan pola pengundian lima tahun lalu.


Baca selebihnya di sini

Klik sini untuk video






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...