Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, February 20, 2013

Pembangkang jangan riak ambil kredit, kata Rafidah Aziz




Oleh: Shuhainiza Said

Rakyat diminta tidak termakan dakyah PKR bahawa Malaysia menjadi kuasa ekonomi Asia Tenggara pada dekad 80an kerana prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz menegaskan kejayaan negara tidak mungkin kerana usaha seseorang individu.

Sebaliknya, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Tan Sri Rafidah Aziz, kejayaan itu adalah usaha semua pihak dalam kerajaan.

"Kalau mana-mana orang yang dianggap memegang jawatan dalam kerajaan, menganggap bahawa sesuatu yang berlaku dan jadi kerana dialah yang buat, itu riak namanya.

"Kerana mungkin idea itu bukan datang daripada dia atau daripada seseorang, tapi kalau tidak direalisasikan oleh pasukan petugas dalam kerajaan, yang akhirnya menjadikan cadangan itu realiti, tak jadi juga," katanya kepada Antarapos, di sini baru-baru ini.

Dalam siri kempen Jelajah Rakyat dengan bas mewahnya, Anwar dan PKR mendabik dada mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah disebalik segala kejayaan negara sebelum dipecat daripada Umno dan kerajaan pada tahun 1998.

Dakwaan itu dijaja dengan lebih hebat menjelang Pilihan Raya Pilihan ke-13 (PRU13) untuk  menyokong persepsi bahawa Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990, Anwar sering-kali dikritik oleh pembangkang di Dewan Rakyat kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah berbilion ringgit.

Malah, Ketua Pembangkang di dewan Rakyat ketika itu, Lim Kit Siang, juga mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian tersebut.

Dalam wawancara dengan Antarapos, Rafidah juga menyanggah anggapan bahawa Anwar bertanggungjawab membina sistem perbankan Islam di Malaysia.

Pakatan Rakyat juga mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyemai nilai-nilai Islam dalam sistem perbankan negara.

"Jadi Bank Islam, janganlah sesiapa mendabik dada mengatakan bahawa dialah yang punya idea dan sebagainya.

"Bank Islam ini bukanlah sesuatu perkara yang tidak pernah difikirkan... Saya dalam kabinet dah lama berbanding orang-orang pembangkang ini dulu. Dan kita memang tahu bahawa ada alternatif kepada bank-bank konvensional," katanya.

Menurut Rafidah lagi, hanya kerajaan yang diterajui BN mampu menterjemahkan idea-idea bernas dan melaksanakan projek-projek yang menguntungkan rakyat.


Dipetik dari portal Mychannel13.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...