Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Thursday, February 28, 2013

Khalid Ibrahim gagal tingkatkan kualiti hidup rakyat S'gor





Oleh Qurnisha Hamka

Penganalisis politik dan juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr Denison Jayasooria mengakui dirinya melihat pelbagai kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat.

Katanya, ketidak-sempurnaan itu dilihat jelas dalam cara kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gagal memenuhi keperluan asas rakyat dan mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
"Saya tidak lihat ada penukaran kualiti hidup. Orang yang duduk dalam flat-flat yang ramainya (dulu) tidak puas hati dengan Pakatan Rakyat termasuk di Lembah Pantai dan di beberapa tempat (sekarang) tidak bepuas hati (pula dengan Pakatan).

"Kta melihat kualiti 'gabbage disposal' (pembuangan sampah), kualiti rumah, infrastruktur  luar (rumah pangsa), lif dan sebagainya.

"Apa yang saya hairan, kalau kerajaan negeri ada banyak  wang lebihan, kenapa mereka tidak beri subsidi untuk tingkatkan kualiti kehidupan di flat-flat di kawasan bandar," katanya dengan nada kecewa ketika menjadi panel program Meja Bulat terbitan Antarapos.

Dr Denison merujuk kepada kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang sentiasa mendabik dada berhubung ‘kejayaan’ menambahkan simpanan tunai Selangor dengan mendakwa mempunyai lebih RM2.4 bilion - jumlah terbanyak sepanjang 28 tahun.

"Apakah janji yang telah dibuat, dan apakah perlaksanaannya? Saya dapati ada banyak kelemahan dengan kerajaan tempatan dan isu-isu rakyat tidak puas hati," katanya.

Beliau yang juga adalah bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), berkata, berdasarkan kajiannya berhubung taraf kemiskinan rakyat di bandar di Selangor menunjukkan masih tiada peningkatan taraf kualiti hidup sejak Pakatan menang di Selangor.

Secara jelas, menurut beliau, perkara itu menunjukkan kegagalan kerajaan Pakatan dalam memenuhi janji-janji mereka kepada rakyat.

Lebih malang lagi, kata Dr Denison, Abdul Khalid dan pemimpin Pakatan seringkali menyalahkan kerajaan persekutuan berhubung kegagalan mereka memperbaiki taraf hidup rakyat di negeri itu. Sedangkan, menurut beliau kerajaan Pakatan juga tidak berbuat apa-apa.

"Dan bagaimana pula dengan prestasi kerajaan tempatan? Bagaimana telah menukar dari segi kepimpinan dia (kerajaan tempatan) dan juga dari segi pelaksanaan dia.

"Di sini kita melihat, walaupun ahlinya termasuk ada ADUN dan Ahli Majlis turut bekerja kuat turun padang  dan sebagainya tetapi rakyat masih lagi tidak berpuas hati dengan banyak perkara.

"Satu perkara yang besar ini ialah struktural. Adakah kerajaan tempatan ini dalam tangan rakyat atau dalam tangan kerajaan pentadbiran? Jadi di sini ada satu kelemahan.

"Saya berfikir, Pakatan Rakyat telah berjanji bahawa mereka akan tukar cara pentadbiran kerajaan negeri, kerajaan tempatan," katanya sambil menambah mereka bagaimanapun gagal mengotakan janji-janji berkenaan.

Menurut pensyarah UKM ini, situasi berkenaan boleh menyebabkan penukaran corak pengundi kepada kerajaan Barisan Nasional jika Pakatan tidak mengambil inisiatif untuk melunaskan janji-janji mereka kepada rakyat.


Baca selebihnya di sini



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...