[ULASAN] Jika benar Majlis Syura Ulama mahu merahsiakan bahawa ia ada membincangkan isu tidak mahu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ia amat mudah difahami.
Penafian sekeras dan setegas itu boleh dianggap tindakan yang halal. Berhujah dengan alasan tahluf siyasi atau strategi politik, memang perkara sensitif ini boleh menyinggung perasaan rakan-rakan Pakatan Rakyat PKR dan DAP. Maka memang wajar ia disorokkan sehingga satu masa yang sesuai diumumkan.
Bagaimanapun untuk menjadikan isu pemecatan Nasharuddin sebagai mengalih pandangan umum terhadap isu lebih besar membabitkan kepentingan ummah seperti isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, itu adalah sikap tidak amanah.
Isu kalimah Allah bukan silap mata politik
Isu kalimah Allah membabitkan soal akidah ummah, hari ini dan akan datang. Ia perlu diperjelaskan dengan tenang, menurut nas dan keikhlasan. Ia bukan satu permainan politik atau lebih tepat lagi menjadikan kaedah tahluf siyasi sebagai silap mata politik. PAS perlu berterus terang akan pendiriannya.
Begitu juga dengan sebarang usaha untuk menghalang golongan yang cuba menyembunyikan isu ini daripada pengetahuan umum. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din bersikap tegas dalam hal ini.
Sejak 13 Januari lalu apabila keputusan Majlis Syura Ulama mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dibuat, beliau tidak berhenti berdakwah pada umum akan keputusan itu.
Bagaimanapun sebagai seorang muslim sejati apabila beliau berjanji perbincangannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pada 4 Februari lalu harus dirahsiakan, beliau tidak perlu berselindung di sebalik kaedah tahluf siyasi untuk tidak mendedahkan butir perbincangan mereka. Itu peribadi mulia seorang mukmin.
Dalam berdakwah, gelagat atau tindak tanduk adalah “uswatun” atau contoh terbaik. Datuk Dr Haron Din masih meneruskan dakwahnya bahawa tidak boleh kalimah Allah dimasukkan dalam Bible bahasa Melayu walaupun selepas pertemuan dengan Anwar dan Azmin.
PAS tak bincang siapa PM Pakatan
Lantas tanpa perlu berbohong atau bersikap hipokrit Haron Din dengan tegas menafikan bahawa Majlis Syura Ulama ada membincangkan isu tidak mahu Anwar jadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang. Ini kerana itu mungkin adalah satu hakikat dan kebenaran.
Baca selebihnya di sini..
No comments:
Post a Comment