Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dikatakan kecewa dengan tindakan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Malah Jusuf juga kecewa dengan sikap Anwar yang tidak mahu melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu dinyatakan oleh bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin di sini kelmarin, seperti mana dilaporkan agensi berita ANTARA.
Hamid berkata, Anwar pernah berjanji kepada Jusuf sebagai sahabat bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan mengawal pakatan pembangkang jika mereka tewas dalam PRU-13.
"Tetapi sehingga kini, demonstrasi demi demonstrasi dilancarkan di banyak tempat di Malaysia. Anwar bersama penyokongnya mendakwa berlaku penipuan, sesuatu yang harus dibuktikan melalui undang-undang, tetapi (setakat ini) Anwar belum berbuat demikian," katanya.
Sejak awal lagi, kata Hamid, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah mewujudkan persepsi dan yakin akan menang.
Tegas Hamid, keyakinan Anwar itu berdasarkan pelbagai kaji selidik yang dijalankan sebelum pilihan raya umum berlangsung.
Sambung
No comments:
Post a Comment