Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Friday, May 03, 2013

Azhar Idrus Kata Siapa Undi BN, Lembu..Apa Cerita?





Oleh Aidil Syukri Hamzah

Pendakwah terkenal, Azhar Idrus di dalam ceramahnya di sini malam tadi melabelkan sesiapa yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hujung minggu ini sebagai ‘lembu’.

Azhar ketika meyakinkan penyokong Pakatan Rakyat agar memangkah gagasan itu 5 Mei ini menyenaraikan gula-gula politik yang dijanjikan kepada rakyat.

Justeru beliau berkata "kalau aku lembu, aku pangkah BN".

“Lepas itu dia (BN) kata kalau dia menang dia tambah BR1M. Bukan..kalau dia menang akan naik (harga) minyak..kalau dia menang, tol mungkin akan dinaikkan lagi, (harga) barang-barang akan naik..Jadi rakyat jadi apa? Cuba fikir molek-molek.

“Kalau Pakatan menang jelas akan dihapuskan tol, akan diturunkan minyak kepada RM1.50, akan dihapuskan bayaran pinjaman pelajaran untuk anak-anak kita dan banyak lagi. Kalau kita, nak harga turun atau harga naik?

“Jadi kita balik nanti kita fikir kita orang atau lembu..lepas itu kita jawab 5 haribulan nanti..Kalau aku lembu, aku pangkah BN. Pasal apa? Tidak ada suatu bangsa di dalam dunia yang akan sokong kerajaan nak naik barang,” ujar beliau ketika menyampaikan ceramah di Seberang Takir, Terengganu semalam.

Tidak cukup dengan itu, bekas guru muzik ini turut menggelar BN sebagai parti yang paling kotor sekali di muka bumi.

BN tegasnya lagi, tidak seperti PAS yang didakwanya sebagai sebuah parti yang lebih baik memandangkan ramai ahli-ahlinya adalah terdiri daripada golongan ustaz serta berkebolehan menyampaikan kuliah agama.

“Inilah parti yang paling kotor di atas muka bumi ini..tak pernah berlaku lagi begini. Dia kata (BN) itu molek..parti BN molek pasal dialah contoh Islam yang baik..Islam apa bagi video lucah.

“(Berbanding) Dengan (PAS) yang beri ayat al-Quran, dengan kuliah agama, dengan parti yang ramai ustaz menyampaikan akidah-akidah yang sahih, mana (yang lebih) baik dengan parti yang bagi video lucah? Bagi terus di markas-markas..Siapa nak video lucah, boleh ambil di markas,” tegas beliau.

PAS pada awal April lalu dihambat kontroversi apabila seorang tokoh politiknya dikaitkan dengan sebuah video seks.

Video itu memaparkan seorang lelaki mirip Datuk Mustafa Ali melakukan adegan seks dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya, di sebuah hotel.

Pimpinan PAS dengan yakinnya menolak penglibatan Mustafa, walaupun rata-rata mereka mengakui belum melihat rakaman video itu dan seperti lazimnya kesalahan itu diletakkan di atas bahu Umno BN.

Azhar dalam pada itu berkata rakyat di negara ini sudah menginsafi kesilapan menyokong BN selama ini.

“Waktu lepas-lepas kami bodoh, kami bengong, kami salah ikut orang zalim..tolong jangan balas, tolong ambil maaf kami kerana kami dulu bodoh, kami dulu tak reti apa benda..

“Tapi hari ini, Alhamdulillah..seluruh rakyat menunjukkan akan persetujuan bahawasanya apa yang berlaku di dalam negara kita adalah satu perkara yang haram di sisi Allah.


Sumber



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...