Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan barisan pimpinan dan akar umbi agar mengutamakan kepentingan parti dan mengetepikan kepentingan diri sendiri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Jelas beliau, budaya dan sikap suka mencantas sesama sendiri boleh menyebabkan sokongan pengundi beralih kepada Pakatan Rakyat.
Kata Saifuddin, seluruh kepimpinan perlu berlapang dada dan menerima keputusan pucuk pimpinan apabila nama-nama calon untuk PRU13 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"...dan kita terima seadanya apa sahaja keputusan pucuk pimpinan kita harus terima dan harus bantu calon-calon kita untuk menang dengan cemerlang," dalam temubual eklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun.
Berita penuh di sini
No comments:
Post a Comment