Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, March 06, 2013

Ceroboh Lahad Datu: Filipina berdepan bahaya




Presiden Benigno S. Aquino III menegaskan kedegilan pengikut Sultan Sulu yang mahu kekal di Sabah akan mengheret Filipina ke ambang bahaya.

“Bukan itu saja, saya juga bimbang hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina terjejas kerana tindakan ganas yang dicetuskan oleh pengikut Kesultanan Sulu ini,” ujarnya.
 
Kata beliau, ini kerana hubungan di antara kedua-dua negara sudah lama terjalin dan Malaysia sendiri membantu rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Aquino hari ini turut meminta pengikut Sultan Sulu menyerah diri dan berjanji akan turut akan mempertimbangkan kebajikan sebahagian besar rakyat Filipina yang terjejas.

Tambah Aquino, beliau juga bimbang nasib 800,000 rakyat Filipina yang bekerja di Sabah ketika ini ekoran krisis dicetuskan oleh Sultan Sulu.


Dipetik dari portal berita Antarapos



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...