Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Monday, February 25, 2013

Sikap riak Khalid tiada penghujungnya



[ULASAN] Pada 2 Februari lalu portal berita ini menyiarkan ulasan penulis bertajuk Drama Khalid mahu bubar DUN Selangor.

Ulasan itu merumuskan Khalid hanya bersandiwara mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal. Begitu juga dengan ugutan beliau untuk mengambil alih empat syarikat konsesi air dalam tempoh dua minggu.

Kedua-dua perkara itu tidak berlaku. Nyata ungkapan “sandiwara Khalid” dalam artikel itu tidak meleset.
 
Selepas Tahun Baru Cina, tiba-tiba Khalid bersetuju bahawa ada baiknya DUN Selangor dibubarkan serentak dengan Parlimen.

Pengambilalihan SYABAS, Puncak Niaga, Splash dan Abass yang diuar-uarkan juga tidak berlaku.

Yang dilakukan oleh Khalid hanyalah membuat satu lagi tawaran untuk membeli empat syarikat itu dengan harga RM9.65 bilion ringgit.

Sejak bila istilah “tawaran” membawa maksud bahawa kerajaan negeri sudah pasti mengambil alih keempat-empat syarikat berkenaan?

Bagi wartawan yang sudah lama membuat liputan urusan kerajaan negeri, termasuk penulis ulasan ini, kenyataan-kenyataan Khalid sepanjang lima tahun lalu adalah satu siri percanggahan yang acapkali melucukan.

Dalam keghairahan untuk menunjukkan beliau orang “paling berkuasa” di Selangor, Khalid mengumumkan pilihan raya negeri yang awal.

Kemudian beliau cepat-cepat mengubahnya kerana terbukti Ketua PKR Selangor sendiri, Azmin Ali tidak dirujuk, apatah lagi Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!
 
Benarkah Sultan Selangor sokong Khalid ?


Dalam menarik balik kenyataan itu, Khalid cuba menjaga air muka dengan mendakwa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong sebarang pembubaran awal namun mahu ia dilakukan secara teratur.

Ini juga tentu membawa maksud bahawa cara membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor lebih awal daripada Dewan Rakyat, adalah kurang teratur!

Sebagai Sultan, sudah tentu baginda menegaskan keperluan apa sahaja cadangan yang dibawa oleh Khalid haruslah berlandaskan undang-undang. Baginda bersikap berkecuali dalam hal politik.

Pokoknya ialah, Khalid membelakangkan jentera parti negeri dan ibu pejabat PKR sendiri dengan mengisytiharkan pihaknya bersedia membubarkan DUN sebelum parlimen dibubarkan.

Dalam isu air, ramai bertanya kenapa Khalid tunggu sampai empat tahun lebih untuk membuat tawaran baru kepada syarikat konsesi berkenaan.

Negara sudah diambang pilihan raya tetapi tawaran baru dibuat untuk menyelesaikan isu ini? Jelas, memang ada sesuatu yang tidak kena.

Kenapa kerajaan negeri tergesa-gesa untuk membuat tawaran bila tempoh pemerintahan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi?
 
Dari mana sumber kewangan kerajaan negeri ?


Khalid juga enggan memberitahu sumber kewangan kerajaan negeri untuk membiayai tawaran lebih RM9 bilion itu.

Jelas sekali lagi Khalid kononnya ingin mempamerkan kemahiran dalam bidang politik.

Dalam keghairahan untuk meyakinkan rakyat Selangor beliau mahu membela mereka dalam isu air, Khalid telah mengugut untuk mengambialih syarikat konsesi berkenaan.


Baca selebihnya di sini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...