Oleh Shawaliah Hadir
SHAH ALAM: Penganalisis Politik Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata manifesto yang dibentangkan Pakatan Rakyat hari ini sekadar mengulangi janji terdahulu dan tidak banyak menawarkan perkara baru kepada rakyat.
Beliau berkata Pakatan Rakyat hanya memainkan 'rentak' yang sama dan tidak mampu menjanjikan lebih banyak kelainan daripada manifesto yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.
Pada PRU12 Pakatan Rakyat berjaya memenangi Selangor, Pulau Pinang, Kedah selain mengekalkan pemerintahannya di Kelantan.
"Saya rasa menganggapkan yang baru tak banyak (manifesto baru) kalau ada yang betul-betul strategi untuk pilihan raya bagaimana nak menang.
Beliau menambah Pakatan Rakyat yang berjaya menawan negeri yang terkaya di Malaysia iaitu Selangor gagal membuktikan mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang menunaikan janji.
Ia bertambah buruk apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata manifesto bukanlah janji yang perlu ditunaikan.
Kenyataannya itu membawa padah apabila rakyat marhaen di negeri itu bangkit menyaman kerajaan negeri.
Antara janji-janji yang belum ditunaikan termasuklah elaun kepada semua pelajar tadika, elaun kepada ibu tunggal, memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah, elaun bulanan kepada golongan nelayan, memberi perkhidmatan perubatan percuma kepada semua warga emas dan banyak lagi.
Di Pulau Pinang, Pakatan Rakyat gagal menunaikan janjinya untuk membina rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyatnya. Golongan Melayu juga terus tersisih dari arus pembangunan dan menyaksikan penjualan aset berupa hartanah kepada rakyat asing.
Sementara di Kedah, kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar dari PAS, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus gagal menyelesaikan masalah rakyat termasuk tidak menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi kepada rakyatnya selain ditolak barisan exconya sendiri.
Kemuncaknya, Azizan didesak untuk meletakkan jawatannya namun beliau berkeras enggan berbuat demikian.
Di Kelantan pula, rakyat terus dinafikan untuk hidup dalam keadaan lebih baik dengan prasarana asas seperti bekalan air bersih masih belum dinikmati rakyat. Skandal Ladang Rakyat terus menghantui kerajaan negeri dan setelah lebih 20 tahun memerintah PAS terus gagal menyelesaikan itu itu.
Baca selebihnya di sini..
No comments:
Post a Comment