Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berpendapat krisis perebutan kerusi di antara DAP dan PKR Johor membangkitkan rasa curiga pengundi di negeri itu terutamanya di kalangan kaum Cina.
Dihubungi Antarapos, Ka Siong menyifatkan akan timbul lebih banyak konflik di kalangan parti pembangkang di negeri itu sekaligus mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mentadbir.
Beliau mengulas mengenai kemelut agihan kerusi antara Ketua DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng sekaligus menuntut Ketua Umum dan Presiden PKR untuk campur tangan.
“Dan kalau itu yang berlaku, sebegitu rupa, saya yakin akan banyak lagi konflik yang akan ditampilkan oleh mereka di Johor,” ujar beliau.
Ka Siong selain itu mendakwa Pakatan tidak menghayati prinsip perjuangan memandangkan hubungan politik antara ketiga-tiga parti komponen itu hanya berteraskan bilangan kerusi semata-mata.
Justeru beliau tidak terkejut sekiranya perbalahan antara PKR-DAP-PAS berterusan.
“Yang diperjuangkan bukan soal rakyat (tetapi) adalah soal kerusi mereka sendiri,” ujarnya.
Menurutnya lagi, perkembangan tersebut dilihat sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat Barisan Nasional (BN) di dalam meraih sokongan pengundi.
“Ini sudah pasti akan menjejaskan hubungan akrab antara dua parti ini kerana masing-masing bermusuhan. Jadi saya rasa sudah tentu mereka akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan yang akan memberi kelebihan (kepada BN)," jelas beliau.
Baca selebihnya di sini..
No comments:
Post a Comment