Ketam

Biar Ketam Jalannya Senget Asal Fikirnya, Akalnya, Tuturnya Lurus

Wednesday, February 13, 2013

Apalah Sangat 'NO'..22 Januari Siapa Kena 'Boo'?




Dan seperti yang dijangkakan, isu Datuk Seri Najib di‘No’kan di Pulau Pinang terus dijadikan modal murahan pemimpin-pemimpin pembangkang di dalam menyerang populariti Perdana Menteri itu di kalangan masyarakat Malaysia.

Cerita yang mereka dok jaja bukan main gempak letup-letup kononnya Najib telah dimalukan ketika konsert Psy di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina weekend lalu dengan perkataan-perkataan standard seperti ‘detik hitam’, ‘dimalukan’, ‘trauma’ dan macam-macam lagi digunakan yang akhirnya membuatkan cerita mereka itu klise je bunyinya..

Seronok bukan kepalang lagi Ketam tengok mereka-mereka ini mengajuk ayat ‘are you ready’..Umur masing-masing da lanjut tapi perangai macam budak-budak..haish..Macam Ketam cakap hari tu lah kan, benda yang paling best sekali dalam dunia ni kan mengutuk orang. Nak pulak ‘secara berkumpulan’..Bila kita kena kutuk yang jadi tak bestnya tu..kekeke..

Oh! Kebetulan!!Lagi Sembilan hari je lagi akan tiba tarikh 22 Januari..So? Apa yang menariknya tarikh tu Ketam? Sabar brader..gua nak ceritalah ni..Ok..Januari 2011 apa peristiwa penting yang berlaku kalau korang semua ingat lagi? Konpem lupa punyalah..Melayu mudah lupa kan..kekeke..Gini..Januari 2011 telah berlangsungnya pilihan raya kecil (PRK) yang ke 14 selepas PRU 2008 di mana calon BN yang bernama glamour ‘Tok Ai’ telah berjaya menewaskan calon PAS, Cikgu Mala dengan bergaya sekali sampai jentera PAS tak sanggup tunggu keputusan diumumkan da cabut siap-siap banner apa bagai..

Ops..Bukan tu actually yang Ketam nak cerita..Ada benda yang menarik lagi sebenarnya berlaku semasa kempen PRK Tenang tu..Kalau sekarang ni dok panas puak-puak Pakatan balun insiden ‘No’ kat Penang tu, Ketam nak tanya kat diorang ni semua apa diorang tak pernah ke berdepan situasi gitu? Apa de facto leader diorang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah kena boo? Kena halau pon ada brader..

Serius banyak insiden sebenarnya yang berlaku kalau nak cerita pasal encik de facto ni kena boo, halau, baling batu bagai (tanda orang benci bebenor kat dialah tu kot :p)..Tapi Ketam sengaja pilih nak cerita soal insiden yang berlaku di Tenang memandangkan ‘anniversary’ insiden tu kebetulan da dekat.. :p

Ceritanya berlaku pada belah malam 22 Januari 2011, hari Khamis berlokasi di Felda Tenang. Makanya diriwayatkan bahawa sang Ketua Pembangkang telah turun padang mengerah kudrat beliau membantu Cikgu Mala berkempen. Banyak tempat yang disinggah beliau malam tu..

Ketam pun malam tu mengalahkan jentera pilihan raya pi round jugak merata-rata tempat ceramah untuk….(kata orang cari fitnah)..tapi yang betulnya Ketam cari makan..Dari Labis ke Felda Tenang...dari Felda Tenang ke kampung Sawah Baru...dari Sawah Baru ke Felda Tenang semula...

Nak dijadikan cerita, waktu Ketam sampai semula kat Felda Tenang tu dikhabarkan Anwar da nak tiba jugak untuk menyampaikan ‘cereka’ beliau..Teruja juga Ketam menanti kehadiran beliau..Apakan tidak, pembangkang terutamanya Mazlan Aliman dakwa bahawasanya Felda bukanlah kubu kuat Umno lagi kerana mereka telah berjaya menembusi Felda....

Tapi sayang seribu kali sayang...Bak kata orang kampung akulah kan, cakap semua orang boleh cakap..apa taknya, elok tibanya Anwar di tempat ceramahnya, beliau telah di BOO oleh sekumpulan anak muda Felda....sempat jugak lah Ketam tengok reaksi Anwar...Muka berubah serta-merta....

Masakan tidak, beliau bukan setakat di BOO, kedengaran juga sorakan dari orang-orang Felda yang memanggil beliau 'Peliwat', 'Kaki Bontot' dan sebagainya....pelik juga Ketam memikir...kata orang Felda da dia..Hmm....lebih malang lagi, mungkin kerana emosi beliau sedikit terganggu dengan 'usikan' orang-orang Felda itu sehingga beliau tersasul menyebut "orang Felda miskin"....apa lagi, bertempik lah perkataan BOO lagi di situ...kekekeke…

Itu cerita 2011..La ni nak mai da anniversary, saja nak cover up ka apa Datuk Seri tembak Datuk Najib kena no? Apa teruk benar ka no tu dok banding ngan boo? Ni cuma satu cerita je..Nak ikut dia ni kena boo macam da normal da sebenarnya..huhu..Lu pikirlah sendiri ek..kekeke…Keje woi keje!!!



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...